Sunday, 19 January 2014

Fareeda, Bangi

Seawal pagi lagi aku dah bertolak ke PUJ ( walhal dah hampir jam 8 am ). Jam 9 am kami dah terpacak depan butik Fareeda yang terletak di SS8, Bangi. Punyalah bersemangat menunggu butik dibuka jam 10.30 am. Buat penat saja menunggu. Rupanya hari ini ada pemilihan untuk bakal model Fareeda. Patutlah rata-rata yang datang dengan mekap tebal, sanggul tinggi di sebalik tudung Fareeda (ntah hapa-hapa), baju sendat yg glamour dan kasut setinggi 7 inci. Rupa-rupanya masing-masing berdandan sakan untuk photoshoot. Buat penat je menunggu......
Seterusnya kami ke Al- Humairah. Belek punya belek, satupun tak berkenan. Dalam FB nampak macam cantik aje selendang Al-Humairah. Tapi bila depan mata, tak lah secantik manapun....

Friday, 17 January 2014

Sleepless

02:43 am - Terjaga dari lena jam 12.28 malam. Bila teringat yang aku belum solat Isya', bingkas bangun, mandi dan solat. Nasib baiklah ada water heater, kalau tidak, maunya menggigil mandi tengah-tengah malam. Selepas mandi dan solat, badan rasa segar dan susah nak tidur pula.....aiseh....
Buka epic dan skrol tugasan yang perlu dibuat. 6 + 3 = 9 tugasan yang perlu dibuat. Serahan paling awal pada 9 Februari 2014. Sama tarikh dengan tutorial 1.
Hari ini 18 Januari, bermakna hari ke-18 di tahun baru. Rasanya belum terlewat untuk aku menceceh tentang azam 2014. Apa azam aku? Entahlah....tak ada yang spesifik sebenarnya. Hanya mahu melakukan yang terbaik dalam apa juga amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Mudahkan.....
2013 meninggalkan pelbagai kisah, kenangan dan pengajaran. Ada antaranya yang terlalu pahit untuk dikenang. Lumrah kehidupan. Aku jadikan itu sebagai pengalaman dan pengajaran hidup. Tidak ada yang perlu disesali. Kenapa perlu menyesal sedangkan semua itu tidak boleh diputar semula. Aku tidak mahu menyesal akan segala qada dan qadar dariNya. Aku terima itu sebagai perjalanan hidup aku yang telah ditetapkan. Bezanya, aku cuba untuk tidak melakukan kesilapan yang sama...Haish...tiba-tiba pula jadi catatan emo... :)
Taip punya taip jam sudah menunjukkan jam 2.56 pagi. Habislah rutin sleeping beauty aku. Nasib baik esok hari Sabtu. Selepas solat Subuh boleh tidur semula. Mata oh mata...silalah beradu...
Oyasuminasai....

Tuesday, 14 January 2014

Genting Strawberry Leisure Farm

Tak sangka pula ada ladang strawberi di Genting Highland ni. Ingatkan Cameron Highland saja yang ada strawberi....
Sempena cuti Maulidur Rasul, panjang pula kaki memanjat Genting Highland. Tapi tidaklah hingga ke kota keriangan. Sebabnya aku dah cukup riang jadi dah tak perlu ke kota keriangan itu hari ini :)
Tujuan utama kami sebenarnya mahu menikmati buah strawberi terbaik dari pokok. Petik sendiri dan boleh terus ngap ngap masuk mulut ( selepas ditimbang dan dibayar ye... ).
Untuk cari lokasi tempat ini, senang saja. Tak perlu GPS segala. Terletak di Gohtong Jaya, setentang dengan Apartment Mawar. Nak bawa satu kampungpun tak apa, sebab bayaran masuk percuma saja. 


Strawberi di sana sini. Pejabatpun comel. Ada unsur-unsur rumah orang asli.


Aktiviti wajib memetik buah strawberi. Maksimum dibenarkan masuk 3 orang 1 keluarga. Petik guna gunting bukan guna jari. Tapi strawberi itu tidak semanis strawberi Bandung. Selain strawberi, ada kebun bunga, herba dan juga penanaman cendawan.

Kreatif. But dijadikan pasu.

Cendawan atau kulat? Akupun keliru juga.














Sunday, 5 January 2014

Wajah kesayangan hamba


Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.....4th January 2014
Putrajaya - Kajang 5th January 2014
Spending quality time with three of them. Love them so much.....

Thursday, 24 October 2013

Hermmmpphh



Rosak untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun. Janganlah buat hal dulu selagi sekolah belum bercuti dan selagi assignment belum siap weii..Kalau ye pun nak merajuk, janganlah waktu2 puncak macam ini...
Setelah tertunda beberapa minggu untuk dihantar, dengan rajinnya ke Sony Service Cente KLCC. Rupa-rupanya laptopku ini masih ada warranty lagi....alhamdulillah.....kalau tak, ada rasa nak meroyan kena membayar nanti. Urusan Sony tak sampaipun setengah jam...tapi yang peliknya kenapa kami tak jumpa-jumpa pintu keluar KLCC ni. Menjelang petang juga baru jumpa pintunya itu... :)




Sunday, 20 October 2013

Anak didik


Isnin yang indah. Melihat wajah-wajah comel yang bersedia untuk belajar perkara-perkara baharu dalam kehidupan mereka. Bukan setakat ilmu akademik, malahan ilmu tentang kehidupan. Belajar menghormati rakan dan orang yang lebih dewasa. Belajar menerima kejayaan dengan rasa rendah diri dan syukur. Belajar menerima kekalahan dengan redha dan muhasabah diri.

Melihat mereka, mengingatkan aku pada anak-anak buah. Keletah, kenakalan, kepatuhan.....
Alhamdulillah 10 bulan mendidik mereka, aku telah berusaha sedaya yang mungkin untuk memberikan yang terbaik. Cuma ada rasa terkilan di hati kerana aku gagal membentuk seorang murid untuk mencintai ilmu dan menyayangi sekolah. Usaha merapatkan diri pada mereka agar boleh membentuk murid tersebut untuk menyayangi sekolah nampaknya tidak berhasil. Ada rasa kecewa dalam hati. Walaupun perkara ini telah aku duga sejak dua tahun lepas apabila sebelum itu ada saja guru yang disalahkan apabila murid berkenaan enggan ke sekolah. Entahlah....Cabaran sekolah rendah hanyalah sekelumit jika dibandingkan cabaran pada masa akan datang...
Sedih mengenangkan zaman sekolahnya berlalu begitu saja. 

Itulah antara asam garam dan cabaran menjadi seorang pendidik. Menghadapi puluhan, ratusan anak-anak kecil yang perlu dididik dengan sebaik mungkin. Kesabaran, kecekalan.....you name it...
Lagi 4 minggu sebelum sesi persekolan 2013 ditutup dengan rasminya. Aku akan merindui kanak-kanak ini...Shazman dan Shazwan si kembar yang sentiasa mahu mencuba, Hazwan dan Nur Hafizah yang rajin, Faris Afifi yang banyak cakap, Haziq si imam muda, Khalish dan Haidhar si nakal, Shamim dan Amirah yang boleh diharap....itulah antara nama-nama yang menceriakan kehidupan aku di sekolah pada tahun ini...