Isnin yang indah. Melihat wajah-wajah comel yang bersedia untuk belajar perkara-perkara baharu dalam kehidupan mereka. Bukan setakat ilmu akademik, malahan ilmu tentang kehidupan. Belajar menghormati rakan dan orang yang lebih dewasa. Belajar menerima kejayaan dengan rasa rendah diri dan syukur. Belajar menerima kekalahan dengan redha dan muhasabah diri.
Melihat mereka, mengingatkan aku pada anak-anak buah. Keletah, kenakalan, kepatuhan.....
Alhamdulillah 10 bulan mendidik mereka, aku telah berusaha sedaya yang mungkin untuk memberikan yang terbaik. Cuma ada rasa terkilan di hati kerana aku gagal membentuk seorang murid untuk mencintai ilmu dan menyayangi sekolah. Usaha merapatkan diri pada mereka agar boleh membentuk murid tersebut untuk menyayangi sekolah nampaknya tidak berhasil. Ada rasa kecewa dalam hati. Walaupun perkara ini telah aku duga sejak dua tahun lepas apabila sebelum itu ada saja guru yang disalahkan apabila murid berkenaan enggan ke sekolah. Entahlah....Cabaran sekolah rendah hanyalah sekelumit jika dibandingkan cabaran pada masa akan datang...
Sedih mengenangkan zaman sekolahnya berlalu begitu saja.
Itulah antara asam garam dan cabaran menjadi seorang pendidik. Menghadapi puluhan, ratusan anak-anak kecil yang perlu dididik dengan sebaik mungkin. Kesabaran, kecekalan.....you name it...
Lagi 4 minggu sebelum sesi persekolan 2013 ditutup dengan rasminya. Aku akan merindui kanak-kanak ini...Shazman dan Shazwan si kembar yang sentiasa mahu mencuba, Hazwan dan Nur Hafizah yang rajin, Faris Afifi yang banyak cakap, Haziq si imam muda, Khalish dan Haidhar si nakal, Shamim dan Amirah yang boleh diharap....itulah antara nama-nama yang menceriakan kehidupan aku di sekolah pada tahun ini...
No comments:
Post a Comment