Tuesday, 8 October 2013

Done!

Alhamdulillah siap juga akhirnya. Letih mental dengan segala proses sebelum akhirnya tiba juga ke penghujung. Setiap detik dan masa merupakan proses pembelajaran untuk aku. Godaan untuk tidak melakukan segala yang terbaik sentiasa ada. Alhamdulillah aku dikelilingi oleh rakan-rakan yang sentiasa berfikiran positif. Oleh sebab aura positif sentiasa berlegar di sekeliling aku, maka jadilah aku seorang yang sentiasa mencuba untuk berfikiran positif.

Adakalanya aku terfikir, kenapa ada individu yang susah sangat untuk membina hubungan yang baik dengan sesiapa yang ada di sekitarnya? Kenapa perlu sentiasa ada buruk sangka? Kenapa perlu memburuk-burukkan orang lain hatta saudara-mara sendiri? Bukankah aib itu perlu ditutup sebaik-baiknya?

Dan lagi, kenapa menjadikan dugaan dari Allah itu kononnya disebabkan oleh hasad dengki orang lain? Entahlah...
Masing-masing punya hak dan pendapat untuk bersuara, cuma berpada-padalah.

Walau apa sekalipun, aku jadi takut. Tidak mustahil satu masa dan satu ketika, aku pula yang akan diaibkan sekiranya ada tutur kata dan tingkah laku yang tidak kena di pandangan mata atau tidak berkenan di hati....

Wallahualam....

No comments:

Post a Comment