Thursday, 24 October 2013

Hermmmpphh



Rosak untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun. Janganlah buat hal dulu selagi sekolah belum bercuti dan selagi assignment belum siap weii..Kalau ye pun nak merajuk, janganlah waktu2 puncak macam ini...
Setelah tertunda beberapa minggu untuk dihantar, dengan rajinnya ke Sony Service Cente KLCC. Rupa-rupanya laptopku ini masih ada warranty lagi....alhamdulillah.....kalau tak, ada rasa nak meroyan kena membayar nanti. Urusan Sony tak sampaipun setengah jam...tapi yang peliknya kenapa kami tak jumpa-jumpa pintu keluar KLCC ni. Menjelang petang juga baru jumpa pintunya itu... :)




Sunday, 20 October 2013

Anak didik


Isnin yang indah. Melihat wajah-wajah comel yang bersedia untuk belajar perkara-perkara baharu dalam kehidupan mereka. Bukan setakat ilmu akademik, malahan ilmu tentang kehidupan. Belajar menghormati rakan dan orang yang lebih dewasa. Belajar menerima kejayaan dengan rasa rendah diri dan syukur. Belajar menerima kekalahan dengan redha dan muhasabah diri.

Melihat mereka, mengingatkan aku pada anak-anak buah. Keletah, kenakalan, kepatuhan.....
Alhamdulillah 10 bulan mendidik mereka, aku telah berusaha sedaya yang mungkin untuk memberikan yang terbaik. Cuma ada rasa terkilan di hati kerana aku gagal membentuk seorang murid untuk mencintai ilmu dan menyayangi sekolah. Usaha merapatkan diri pada mereka agar boleh membentuk murid tersebut untuk menyayangi sekolah nampaknya tidak berhasil. Ada rasa kecewa dalam hati. Walaupun perkara ini telah aku duga sejak dua tahun lepas apabila sebelum itu ada saja guru yang disalahkan apabila murid berkenaan enggan ke sekolah. Entahlah....Cabaran sekolah rendah hanyalah sekelumit jika dibandingkan cabaran pada masa akan datang...
Sedih mengenangkan zaman sekolahnya berlalu begitu saja. 

Itulah antara asam garam dan cabaran menjadi seorang pendidik. Menghadapi puluhan, ratusan anak-anak kecil yang perlu dididik dengan sebaik mungkin. Kesabaran, kecekalan.....you name it...
Lagi 4 minggu sebelum sesi persekolan 2013 ditutup dengan rasminya. Aku akan merindui kanak-kanak ini...Shazman dan Shazwan si kembar yang sentiasa mahu mencuba, Hazwan dan Nur Hafizah yang rajin, Faris Afifi yang banyak cakap, Haziq si imam muda, Khalish dan Haidhar si nakal, Shamim dan Amirah yang boleh diharap....itulah antara nama-nama yang menceriakan kehidupan aku di sekolah pada tahun ini...

Friday, 18 October 2013

Masak?

Entah angin kuskus mana melanda pagi ni....tiba-tiba aku dilanda angin rajin untuk memasak. Bukan setakat memasak, buat dadih lagi tu :). Kenapa?Tak percaya sebab gambar bukti tak ada?Sony VAIO S ku rosaklah. Yang boleh digunakan netbook Sony Vaio ini saja dan urusan transfer gambar agak leceh. Maka entri masak ini tanpa gambar bukti huhuhu....

Tuesday, 8 October 2013

Done!

Alhamdulillah siap juga akhirnya. Letih mental dengan segala proses sebelum akhirnya tiba juga ke penghujung. Setiap detik dan masa merupakan proses pembelajaran untuk aku. Godaan untuk tidak melakukan segala yang terbaik sentiasa ada. Alhamdulillah aku dikelilingi oleh rakan-rakan yang sentiasa berfikiran positif. Oleh sebab aura positif sentiasa berlegar di sekeliling aku, maka jadilah aku seorang yang sentiasa mencuba untuk berfikiran positif.

Adakalanya aku terfikir, kenapa ada individu yang susah sangat untuk membina hubungan yang baik dengan sesiapa yang ada di sekitarnya? Kenapa perlu sentiasa ada buruk sangka? Kenapa perlu memburuk-burukkan orang lain hatta saudara-mara sendiri? Bukankah aib itu perlu ditutup sebaik-baiknya?

Dan lagi, kenapa menjadikan dugaan dari Allah itu kononnya disebabkan oleh hasad dengki orang lain? Entahlah...
Masing-masing punya hak dan pendapat untuk bersuara, cuma berpada-padalah.

Walau apa sekalipun, aku jadi takut. Tidak mustahil satu masa dan satu ketika, aku pula yang akan diaibkan sekiranya ada tutur kata dan tingkah laku yang tidak kena di pandangan mata atau tidak berkenan di hati....

Wallahualam....