Tuesday, 24 February 2015

Teknik pemanasan sebelum ke gym

Aku ke gym? (Gelak guling-guling)
Entah angin apa agaknya, tiba-tiba angin rajin pergi ke gym. Dari mula-mula gym dibuka pada tahun 2011, ini baru kali kedua aku menjejakkan kaki ke sini. Yeah...angin rajin...teruskan usahamu. Mula-mula tercangak-cangak juga sebab kurang faham bagaimana threadmill ni berfungsi. Godak sana sini, tekan ajelah butang start, pilih program 1 dan enter. Maka bermulalah episod aku berlari atas threadmill hehehehe. Kali pertama jangan over excited sangat...cukuplah 10 minit dulu. Lama tu tau...berpeluh juga tshirt I.


Selesai 10 minit, cuci mata pandang swimming pool yang kosong tak ada orang sebab hujan renyai-renyai.
 Orang..oh orang....
Mana pegi semua orang ni....
Badan berpeluh-peluh....sedap aje rasa bila angin bertiup...


Sebelum bersenam dalam gym, wajib buat aktiviti pemanasan dulu. Kalau tak, sakit otot sendiri tanggunglah..





Saturday, 21 February 2015

Cuti CNY

Cuti 6 hari lagi....woooweayyy....walaupun aku takde sebarang aktiviti yang menarik sepanjang cuti. 
Eh...siapa kata tak ada....
1. Ikut teman serumah yg bekerja di Tan Chong ke Rumah Terbuka Tan Chong....makan time...
2. Abang dan SIL datang ke rumah. Kanak-kanak tu dah lama tak swimming katanya. Aku dengan bersemangat nak join sekali...rupa-rupanya legging tinggal kat PUJ...pfttt...
3. Aku di rumah sahaja lantaran kemalasan tahap gaban yg melampau-lampau.
4. Hari ini nak pegi tengok wayang katanya. Tetapi, bergantung kepada tahap kerajinan aku untuk bersiap-siap.

Sambil menaip ni, teringat plan aku untuk pergi gym pagi ni. Jadi ke tidak ni? Kalau ikut niat dan keinginan, patutnya aku dah bersiap-siap. Tapi bila ditimbang tara dengan kemalasan....mana satu yang akan menang ni?

Thursday, 1 January 2015

Tinta 2015


Ya, saya cuma seorang guru biasa tetapi saya bangga dengan kerjaya saya :)
Apa agaknya yang menanti aku di tahun baharu ini? Yang pasti, setelah 10 tahun meninggalkan tugas guru kelas, tahun 2015 aku menjadi guru kelas semula. Perasaan aku.....teruja semestinya. Mendapat 17 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan, semestinya menuntut kesabaran yang paling maksimum. 


Friday, 21 March 2014

Cuti Semester 1

Entri ini aku taip di tengah kekalutan menyiapkan tugasan Muzik untuk dihantar hari Ahad ini. Menyempat lagi tu. Inilah yang dinamakan rajin salah tempat. Sambil-sambil mengejar masa untuk siapkan tugasan sebelum jam 8.30 malam ni ( mau pigi makanlah ), gatal tangan untuk berbelog pula.
Esok bermula cuti semester yang pertama. Sepatutnya aku ke Yong Peng untuk majlis kahwin di sana, tetapi kekangan tutorial menyebabkan aku terpaksa melupakan saja hasrat itu dulu. Seperti biasa, cuti Mac aku peruntukkan khas untuk balik ke Sabah. Sebab cuti Mei dan hujung tahun biasanya aku terbang ke sana sini. Selagi keadaan kewangan mengizinkan. Almaklumlah, hobi yang satu ini biasanya memerlukan bajet yang bukan sedikit......
Kenangan percutian Nov 2013



Thursday, 30 January 2014

G Tower - Halliburton

Sudah agak lama juga tak jumpa my best buddy ni. Rasanya lebih 2 bulan kot. So akhirnya kami pun pegilah dating dating. Selepas cari kain kat Jalan TAR, plan nak ke Pavilion. Sekali terserempak pula dengan 'kereta' itu yg menuju arah yang sama....aiseh.....terpaksa tukar hala ke KLCC. 
Tapi sebelum itu, melawat ofis G Tower. Memang cantik you......

swimming pool luas
Sauna pun ada

Dalam wash room pun aku sibuk nak bergambar

Kat sinilah tempat berzumba

Bila masa aku nak rajin pegi gym ni....

Gong xi gong xi


Sunday, 19 January 2014

Fareeda, Bangi

Seawal pagi lagi aku dah bertolak ke PUJ ( walhal dah hampir jam 8 am ). Jam 9 am kami dah terpacak depan butik Fareeda yang terletak di SS8, Bangi. Punyalah bersemangat menunggu butik dibuka jam 10.30 am. Buat penat saja menunggu. Rupanya hari ini ada pemilihan untuk bakal model Fareeda. Patutlah rata-rata yang datang dengan mekap tebal, sanggul tinggi di sebalik tudung Fareeda (ntah hapa-hapa), baju sendat yg glamour dan kasut setinggi 7 inci. Rupa-rupanya masing-masing berdandan sakan untuk photoshoot. Buat penat je menunggu......
Seterusnya kami ke Al- Humairah. Belek punya belek, satupun tak berkenan. Dalam FB nampak macam cantik aje selendang Al-Humairah. Tapi bila depan mata, tak lah secantik manapun....

Friday, 17 January 2014

Sleepless

02:43 am - Terjaga dari lena jam 12.28 malam. Bila teringat yang aku belum solat Isya', bingkas bangun, mandi dan solat. Nasib baiklah ada water heater, kalau tidak, maunya menggigil mandi tengah-tengah malam. Selepas mandi dan solat, badan rasa segar dan susah nak tidur pula.....aiseh....
Buka epic dan skrol tugasan yang perlu dibuat. 6 + 3 = 9 tugasan yang perlu dibuat. Serahan paling awal pada 9 Februari 2014. Sama tarikh dengan tutorial 1.
Hari ini 18 Januari, bermakna hari ke-18 di tahun baru. Rasanya belum terlewat untuk aku menceceh tentang azam 2014. Apa azam aku? Entahlah....tak ada yang spesifik sebenarnya. Hanya mahu melakukan yang terbaik dalam apa juga amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Mudahkan.....
2013 meninggalkan pelbagai kisah, kenangan dan pengajaran. Ada antaranya yang terlalu pahit untuk dikenang. Lumrah kehidupan. Aku jadikan itu sebagai pengalaman dan pengajaran hidup. Tidak ada yang perlu disesali. Kenapa perlu menyesal sedangkan semua itu tidak boleh diputar semula. Aku tidak mahu menyesal akan segala qada dan qadar dariNya. Aku terima itu sebagai perjalanan hidup aku yang telah ditetapkan. Bezanya, aku cuba untuk tidak melakukan kesilapan yang sama...Haish...tiba-tiba pula jadi catatan emo... :)
Taip punya taip jam sudah menunjukkan jam 2.56 pagi. Habislah rutin sleeping beauty aku. Nasib baik esok hari Sabtu. Selepas solat Subuh boleh tidur semula. Mata oh mata...silalah beradu...
Oyasuminasai....